Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[Riwayat al-Tirmizi]
Jom Bantu Saudara Muslim Kita di Afrika
Pengenalan
Afrika adalah merupakan sebuah benua yang mempunyai beberapa buah negara yang miskin. Namun begitu majoriti dari penduduk mereka beragama Islam.

Kekurangan Sumber Air
Atas faktor geografi, mereka ketinggalan jauh dari sumber kesuburan bumi dan tidak menemui sebarang persisiran laut telah menjadikannya sebagai dari negara Afrika menjadi Jantung Mati.

Majoriti beragama Islam
Penduduknya lebih dari 80% beragama Islam yang berpegang dengan ajaran ahlu sunnah wal jamaah amat kuat mengamalkan ajaran Islam serta bahasa utama meraka juga adalah bahasa al Quran walaupun kuasa penjajah Peranchis pernah berusaha untuk menghapuskan bahasa lain kecuali bahasa penjajah sebagai bahasa rasmi.

Antara terawal di Afrika
Tiada sebarang usaha untuk mengadakan program qurban oleh sebarang organisasi dari Malaysia di Afrika sehingga tahun 2016. Oleh itu team Dai Aiman dari pertubuhan Kebajikan At-taawun Selangor hadir untuk melaksanakan Ibadah Qurban dan membantu sahabat semuslim di Afrika.


Program agihan daging Qurban
Program ibadah qurban di Afrika ini telah diadakan di 25 lokasi berasingan dan perkampungan di beberapa buah wilayah yang melibatkan Pusat Pendidikan Islam, Intitut Tahfiz Al- Quran, penempatan pelarian dari negara jiran, Pusat Kebajikan Balu-Balu Anggota Tentera, Pusat jagaan anak-anak yatim, Pusat Pembangunan Saudara Baharu dan penduduk setempat.
Mendapat Liputan Media



Lafaz Akad!!
"Dengan ini, saya (penama2 di atas), mewakilkan team Dai Aiman untuk melaksanakan Ibadah Qurban/Akikah pada tahun ini kerana Allah."
Penutup
Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berqorban tetapi dia tidak berqorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini”
(Riwayat Ibnu Majah)
Notis pembayaran:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Harga yang di tetapkan adalah harga binatang qurban dan termasuk duit pengurusan team Dai Aiman.
Jom Daftar sekarang!
Sila pilih pilihan di bawah